tiba-tiba terjebak
Tuesday, 18 August 2015 @ 22:45 | 0 comment(s)



Assalamualaikum and Hai!

Haritu kawan Amy ajak masuk satu bengkel ni 'Bengkel Pelayaran Seni' . well ni bukan seni yang lukis-lukis ke apa tau .. ni seni berlakon , menari and menyanyi ! At first Amy macam 'okay ke kalau aku masuk? macam takde kena mengena dengan diri aku je?' Seriously Amy ni pendiam and pemalu sebenarnya, susah nak bergaul dengan orang, dalam dunia sendiri je, terlampau selesa in my comfort-zone. Macam mana nak berlakon kalau malu-malu and macam tunggul? Orang kalau mulut jahat mesti ckp 'Weh macam buang masa je kau masuk ? kau bukan ada basic or berbakat sangat pon?' Haha enough lah Amy with all the negative thoughts! So Amy fikir .. why not? Apa salahnya Amy join to challenge myself to move forward? Amy join untuk build my confident level , speaking skills ke ? or untuk lebih selesa bila bersama orang ramai , and of course untuk dapat lebih ramai kawan . Yelaah orang pendiam ni susah nak dapat kawan kan? Apa-apa pon nawaitu daripada awal tu kena betul . Yess kalau join ni akan lebih 'famous' kononnyeerrw but seriously benda tu tak penting pon . So Amy tekankan lagi sekali , nawaitu tu kena betul . So I decided to joined the bengkel :>

At first , mak tak kasi . *macam biasa* haha I was upset gila-gila cos I really want to go further. Then ada satu line ni mak cakap 'Mak taknak Amy aktif sangat .. nanti joli je lebih , belajar main-main . Balik rumah pon nanti jadi malas' BAM! in my face! Sentap gak lah sekejap . I realised that she just worry kalau Amy jadi terlampau sosial bila Amy join benda-benda macam ni, she worry about me all the time . Itulah ibu . Selama ni Amy merungut kenapa it's always a no from her . Almost everytime kot since zaman sekolah sampai sekarang , ada je benda dia mesti tak kasi . But niat Amy just nak ada keyakinan bila Amy dengan orang ramai thats all , insyaAllah tak terlampau enjoy with this things . Aminn . And at last mak bagi je hehe yeayy! *Amy lupa mcm mana Amy mandrem mak sampai dia kasi lol jkjk*

So I've joined this group called 'Jemaah Seni Unisel' HAHA WOWW NAMA DIA . Waktu ada dalam group ws pon dah boleh nampak diorang semua friendly , sporting , gila-gila plus talented . Bengkel tu diadakan 14 Aug - 16 Aug 2015 . Serious bessssssttttt ! First day just pengenalan pasal produksi theatre , tengok movie Man Laksa , then cakap-cakap-cakap . tu jelah takde apa sangat tapi memang excited for the project . Over-excited I can say . Next day baru start activity , serious gempak OMG OMG OMG HAHAHA .

Sepanjang aktiviti , semua orang dah nampak Amy ni macam mana ... pendiam and pemalu . Pagi-pagi tu ada latihan vokal , bila turn Amy utk nyanyi 'La la la la' tu semua orang macam 'Weh comelnya budak nii....' hahaha time tu Amy cam amende semua orang ni .. sebab diorang kata badan kecik pastu suara bebudak so comel angat kateko . Sampai ada sorang mamat banyak cakap ni , nama dia Hafiz 'Amy , kau jadi anak aku okay ? ' HAHAHAHA .. pastu muncul lah sorang jadi mak , sorang jadi abang .. tak pasal-pasal terjebak dengan Family-tree Hafiz ni hahaha . then everytime aktivti baru diorang mesti tak lupa nak suggest nama Amy . I know why sebab diorang nak Amy cuba buat , cuba jadi confident . Alhamdulillah lah semua aktiviti Amy boleh buat , eventough still malu-malu . Tak keluar sangat gila-gila tu lagi :> And everytime En Affix buat briefing , dia mesti cakap ayat ni '... ada yang semalam nampak pemalu pon harini dah keluar sikit-sikit diri dia tu .. cuma masih reserved lagi ye..' HAHA Amy tau antara yang dia maksudkan tu Amy hehe . oh well I'm still living in my comfort-zone *gosshh Amy dehel*

Last day , kitorang satu team kena buat drama . OMG OMG OMG *alaa bukannya ramai pon yang join , 24orang je hahaha* Kitorang buat drama zaman penjajahan Jepun dulu2 tuu . So En Affix just bagi watak macam 'okay ni orang kampung , ni jadi ayah , ni jadi mak , yang ni jadi anak , ni orang kampung yang lain . yang ni tentera jepun ... blahblahblah' macam tu je . And takde skrip , just explain flow cerita tu . So Amy jadi anak . Bagusnya En. Affix ni dia kembangkan perwatakan kitorang scene by scene . Watak Amy tu tetiba dia cakap 'okay Amy kamu tu sebenarnya dah kahwin dgn pahlawan tu' then tiba-tiba 'okay Amy nanti miming lagu ni untuk suami kamu' then next dia tambah lagi 'okay Amy awak kena baca sajak ni untuk suami awak yang nak berperang tu' Alahaii macam-macam hahahaha . so nampak tak watak tu kembangkan macam mana . dah macam watak utama pon ada . But it's okay slow-slow , and alhamdulillah it's not that bad hahahaha eventough boleh nampak betapa kekoknya Hamijahh disitu but semuanya okay hahaha.

I had a great time learning basic acting and all the awesome stuff . Walaupon macam takde kena mengena dengan benda yang sedang Amy buat or belajar , which is Graphic Design . well at least I gained new experience .. nanti takde lah macam tunggul sangat en hahaha . Dapat kawan baru :> Walaupon semua tahu Amy ni pendiam , tapi diorang sudi share pengalaman and .. pape jelah haihh *taktau nak explain pepanjang mcm mana hahaha* Bila cerita kat kengkawan lama diorang semua macam 'Fuyoo Amy dah jadi dak teater daaahh' hahaha seriously ? Well I'm still new with all these things and banyak lagi benda Amy nak belajar . hihi let's stop here . kbaii Assalamualaikum :>

I'm excited for our next project oh yeah :>